JANGAN LUPA LIKE FANSPAGE KAMI DAHULU

Datuk Seri Najib Razak Akan Didakwa Berkaitan Isu 1MDB? Tun Dr Mahathir Berkata Tidak Akan Ada Rundingan Dengan Najib

Datuk Seri Najib Razak Akan Didakwa Berkaitan Isu 1MDB? Tun Dr Mahathir Berkata Tidak Akan Ada Rundingan Dengan Najib

Datuk Seri Najib Razak Akan Didakwa Berkaitan Isu 1MDB? Tun Dr Mahathir Berkata Tidak Akan Ada Rundingan Dengan Najib
Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng ratusan juta dolar Amerika daripada dana 1MDB.

Versi dalam talian The Wall Street Journal (WSJ) semalam, melaporkan perdana menteri tidak akan membuat rundingan dengan Najib bagi mendapatkan kembali wang itu.

"Tidak akan ada rundingan," kata Dr Mahathir seperti dipetik dalam artikel itu, yang ditulis berasaskan wawancara melalui pautan video bagi The Wall Street Journal CEO Council di Tokyo.

Dr Mahathir berkata, siasatan penuh perlu disiapkan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Najib.

"Ketika ini kami dalam proses mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara yang beliau sembunyikan ketika berkuasa dulu," katanya.

Pada 2015, The Wall Street Journal melaporkan AS$681 juta dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun, Najib dan 1MDB menafikan melakukan sebarang penyelewengan. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Kes berkaitan 1MDB juga disiasat di beberapa negara.

Menurut laporan WSJ, Dr Mahathir menjangkakan menerajui pentadbiran negara selama satu atau dua tahun berikutan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), baru-baru ini.

Sebelum PRU-14 lalu, pemimpin berusia 92 tahun itu membayangkan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan dari penjara.

Anwar yang disabitkan kesalahan meliwat, dijangka dibebaskan selepas mendapat pengampunan penuh.

Dalam laporan WSJ itu, Dr Mahathir berkata, Anwar akan dibebaskan esok dan membayangkan Anwar mengetuai satu daripada parti yang menjadi gabungan dalam parti pemerintah sebelum menjadi perdana menteri. - Bernama

COMMENTS

INGIN KONGSI ARTIKEL?:
Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini di sini. Atau boleh hubungi kami terus di facebook di sini.
Name

IsmaWeb,1,MalaysiaKini,4,News,88,PRU14,7,
ltr
item
News Kecoh: Datuk Seri Najib Razak Akan Didakwa Berkaitan Isu 1MDB? Tun Dr Mahathir Berkata Tidak Akan Ada Rundingan Dengan Najib
Datuk Seri Najib Razak Akan Didakwa Berkaitan Isu 1MDB? Tun Dr Mahathir Berkata Tidak Akan Ada Rundingan Dengan Najib
Datuk Seri Najib Razak Akan Didakwa Berkaitan Isu 1MDB? Tun Dr Mahathir Berkata Tidak Akan Ada Rundingan Dengan Najib
https://4.bp.blogspot.com/-QSjWFYpuRTk/Wvq7dxNF5hI/AAAAAAAAG1Q/PJiEMFDhZbAZiDABZUAFtDEvfyzbImw7ACLcBGAs/s1600/KECOHDOTINFO.png
https://4.bp.blogspot.com/-QSjWFYpuRTk/Wvq7dxNF5hI/AAAAAAAAG1Q/PJiEMFDhZbAZiDABZUAFtDEvfyzbImw7ACLcBGAs/s72-c/KECOHDOTINFO.png
News Kecoh
https://news.kecoh.info/2018/05/datuk-seri-najib-razak-akan-didakwa.html
https://news.kecoh.info/
https://news.kecoh.info/
https://news.kecoh.info/2018/05/datuk-seri-najib-razak-akan-didakwa.html
true
3004818680810666149
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy