Skip to main content

Bantuan Khas Ramadan RM500 Malaysia Madani Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Khas Ramadan RM500 Malaysia Madani Mula Dikreditkan Hari Ini
Bantuan Khas Ramadan RM500 Malaysia Madani Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Khas Ramadan RM500 Malaysia Madani Mula Dikreditkan Hari Ini

Untuk membantu meringankan beban semua rakyat Malaysia Madani dan para asnaf khasnya menyambut Ramadhan al-Mubarak tahun ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memberikan Bantuan Khas Ramadan.

MAIWP telah membuat satu lagi inisiatif iaitu Bantuan sebanyak RM500. Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat bermula 27 Mac 2023 / 5 Ramadhan 1444H.

Umum ketahui bahawa semua penerima bantuan bulanan MAIWP ini secara automatik akan dapat terus ke akaun mereka.

Setiap penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima wang sebanyak RM500 sekali bayar (one-off).

Syarat permohonan bantuan ini termasuklah beragama Islam, warganegara Malaysia, bermastautin di Wilayah Persekutuan selama sekurang-kurangnya satu tahun, dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.

Penerima bantuan perlu memastikan bahawa kelayakan Had al-Kifayah mereka memenuhi syarat. Untuk memohon bantuan ini, anda boleh datang ke pejabat Baitulmal MAIWP yang berhampiran dengan anda atau melayari laman web DI SINI untuk maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan yang disediakan. 

BERAPA JUMLAH BANTUAN KHAS RAMADAN YANG DITERIMA 

RM500 sahaja (one-off) 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 

  • Beragama Islam 
  • Warganegara Malaysia 
  • Mestilah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan. 
 Semoga bantuan ini dapat membantu para asnaf menyambut bulan mulia Ramadhan al-Mubarak tahun ini. 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS RAMADAN INI

Sekiranya ada mendapat kesulitan untuk memohon, kami mudahkan anda dengan adanya khidmat bantuan . Ianya adalah percuma hanya sertai atau join group sokongan (support group) di telegram. Tekan pada butang di bawah ini untuk bergabung atau menyertai group sokongan pelbagai info dan bantuan terkini
telegram support group
-->