Skip to main content
THEATER MODE

Tan Sri Apandi Ali, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad Pula Dilarang Keluar Negara. Rupanya Ini Sebabnya Buat Rakyat Malaysia Terkejut

Tan Sri Apandi Ali, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad Pula Dilarang Keluar Negara. Rupanya Ini Sebabnya Buat Rakyat Malaysia Terkejut
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad kini dilarang keluar dari negara, sehari selepas meninggalkan jawatan mereka seperti dipetik dari artikel berita atas talian tempatan.

Selepas menyemak nombor kad pengenalan mereka di semakan status perjalanan Jabatan Imigresen, memetik artikel berita atas talian tersebut bahawa mereka mendapati ketiga-tiganya tidak termasuk dalam kategori "tiada halangan".

Apandi didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB, walaupun dinafikannya. Apandi memulakan cuti 30 hari tanpa rekod hari ini.

Irwan Serigar adalah pengerusi 1MDB. Beliau merupakan saksi utama dalam kedua-dua siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) terhadap syarikat itu.

Dzulkifli pula menjadi ketua pesuruhjaya bermula 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Peranannya dalam siasatan 1MDB tidak dapat dipastikan secara jelas.

Pada 2015, Abu Kassim menjadi sebahagian daripada pasukan tugas khas yang menyiasat isu 1MDB.

Pasukan itu turut dianggotai bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Mereka masih memegang jawatan masing-masing ketika itu.

Kerajaan BN kemudian tidak meneruskan khidmat keempat-empat mereka. Abdul Gani, misalnya, digugurkan daripada jawatannya secara dramatik pada Julai 2015, di tengah-tengah siasatan dalam negara skandal 1MDB.

Selepas menjadi perdana menteri minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB.

Sumber memberitahu portal berita atas talian itu juga bahawa ramai individu yang terlibat dengan skandal 1MDB, termasuk pihak berkuasa yang menyembunyikan bukti, telah disenarai hitam daripada ke luar negara.

Mahathir juga mengesahkan beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk keluar dari negara.

Open Comments

You Might Also Like: