Skip to main content

[LIVE] Inilah Video Siaran Langsung Sekarang Saat-Saat Bersejarah Ketika Dato Seri Anwar Ibrahim Menghadap Agong Untuk Menghadiri Majlis Pengampunan Di Istana Negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim baru saja melangkah keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur – tempat beliau mendapatkan rawatan ketika ditahan – dan menuju ke Istana Negara.

Beliau akan dibawa mengadap Yang di-Pertuan Agong yang berkenan menerima kunjungan Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.

Berdasi hitam dengan tali leher, Anwar kelihatan berjalan menuju ke kereta sambil tersenyum dan melambai kepada petugas media dan penyokong yang mengerumuninya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang Dipertua Agung jam 12 tengahari ini di Istana Negara, kata timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kata Azmin, beliau kini membawa surat dari Istana Negara untuk diserahkan kepada Anwar yang masih berada di Hospital Rehabilitasi Sungai Cheras, Kuala Lumpur.

“Saya sekarang membawa surat dari Istana Negara yang memanggil Datuk Seri Anwar menghadap Yang Dipertua Agung jam 12 nanti. Datuk Seti Wan Azizah dan saya akan bersama Datuk Seri Anwar nanti,” kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.

Anwar dijangka akan diampunkan hari ini oleh Majlis Pengampunan dan akan dibebaskan selepas itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah mengesahkan akan menyertai mesyuarat Majlis Pengampunan itu

-->