Skip to main content

Perdana Menteri Umumkan Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM3,000 – RM50,000

Perdana Menteri Umumkan Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM3,000 – RM50,000
Perdana Menteri Umumkan Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM3,000 – RM50,000

Perdana Menteri Umumkan Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM3,000 – RM50,000

Kecoh lagi minggu ini dengan desakan dari Rakyat Malaysia yang mana mereka memohon agar pihak kerajaan terkini mempertimbangkan pengeluaran KWSP mereka.

Terbaharu seorang lelaki telah viral  NoorAzlan Ismail yang berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara untuk berjumpa Yang Dipertuan Agong untuk menghantar memorandum untuk memohon agar pengeluaran KWSP dilancarkan.

Dan lebih menariknya lagi, Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan satu inisiatif berkaitan KWSP.

Lebih daripada 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia di bawah 55 tahun layak mendapat manfaat Fasiliti Sokongan Akaun 2. 

Fasiliti tersebut membolehkan pencarum KWSP membuat pinjaman antara RM3,000 hingga RM50,000 daripada institusi perbankan dengan kadar faedah atau keuntungan dijangka antara 4% hingga 5% setahun. 

Ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang biasanya dikenakan pada kadar 8% hingga 15%. 

Fasiliti pembiayaan patuh Syariah juga disediakan oleh institusi perbankan dan ia tidak melibatkan unsur-unsur riba. 

Pengeluaran ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP kerana jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan. 

Namun, jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank. 

Sehingga 31 Januari 2023, terdapat 1.89 juta ahli KWSP berusia antara 40 hingga bawah 55 tahun yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10,000 dan ke bawah. 

Oleh itu, penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar punyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Pencarum KWSP 4 Juta Bakal Mendapat Manfaat

Ini disebakan rakyat ingin melakukan pengeluaran kerana keperluan yang mendesak Yang mana sekali lagi dimaklunkan bahawa Pencarum KWSP Boleh Mengeluarkan RM3,000 – RM50,000. 

Walaupun pengeluaran daripada simpanan persaraan rakyat dibenarkan dalam keadaan mendesak semasa pandemik, kini tidak wajar untuk masih membenarkan pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat.

Negara seperti Australia, Peru dan Chile yang membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, sudah tidak lagi meneruskannya pada tahun lalu.

Semoga dengan adanya inisiatif terbaru dari kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat khususnya.

youtube image
Sekiranya ada mendapat kesulitan untuk memohon, kami mudahkan anda dengan adanya khidmat bantuan . Ianya adalah percuma hanya sertai atau join group sokongan (support group) di telegram. Tekan pada butang di bawah ini untuk bergabung atau menyertai group sokongan pelbagai info dan bantuan terkini
telegram support group

-->