Skip to main content

Akhirnya Rafizi Dedah Nama Pemimpin PAS Yang Terlibat Terima Jutaan Ringgit Dari Hasil Skandal 1MDB? Ramai Rakyat Tak Percaya Tapi Inilah Sebenarnya Berlaku...

Akhirnya Rafizi Dedah Nama Pemimpin PAS Yang Terlibat Terima Jutaan Ringgit Dari Hasil Skandal 1MDB? Ramai Rakyat Tak Percaya Tapi Inilah Sebenarnya Berlaku...
Akhirnya Rafizi Dedah Nama Pemimpin PAS Yang Terlibat Terima Jutaan Ringgit Dari Hasil Skandal 1MDB? Ramai Rakyat Tak Percaya Tapi Inilah Sebenarnya Berlaku...
Terahulu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, pada beberapa bulan yang lepas.

Menurut Mohd Rafizi, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Difahamkan, Mohd Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.

“Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana syarikat itu telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Daripada akaun Najib, terdapat bayaran kepada peguam tertentu.

“SPRM telah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut.

“Salah seorang penerima bayaran daripada peguam tersebut adalah Nasharudin,” katanya dalam sidang media tersebut.

Menurut Mohd Rafizi lagi, maklumat mengenai dakwaan tersebut didedahkan oleh seorang kenalannya yang juga merupakan bekas pegawai kanan SPRM.

“Pada 28 Januari lalu, saya bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama kami berkomunikasi baik secara elektronik mahupun bersua muka.

“Beliau adalah pegawai SPRM terkanan mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan Najib dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib, seterusnya ke akaun tokoh politik lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan ke SPRM esok pada jam 11 pagi bagi membuat laporan berhubung perkara berkenaan.

Beliau turut menyarankan mana-mana pihak tampil membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dibuat.

“Kepada mereka yang banyak cekadak di luar sana, melalak di Facebook tidak akan mendatangkan hasil. Saya minta mereka buat laporan polis,” tegasnya.

Polis juga disarankan dan perlu membuka semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya ada keterangan baharu dikeluarkan.

Diharap dengan adanya kerajaan baru yang sekarang akan dapat menjalankan tugas dengan telus tanpa mengira latar belakang. Kecurangan harus dibanteras kerana rakyat memerhati. Sekiranya kamu melakukan hal yang sama makan kamu akan dihukum rakyat yang kini dah semakin bijak dan tidak mudah dibodohkan...

-->