Skip to main content
THEATER MODE

Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali Diarah Cuti Serta-Merta Dan Kemungkinan Akan Dihalang Keluar Dari Negara Juga

Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali Diarah Cuti Serta-Merta Dan Kemungkinan Akan Dihalang Keluar Dari Negara Juga
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali telah diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta memetik satu laporan dari artikel berita atas talian tempatan.

Selain itu, Apandi juga mungkin dihalang daripada meninggalkan negara ini.

“Kedudukan AG ini sukar sikit, dia baru diberi kontrak baru, kita perlu ikut undang-undang.

“Pada masa ini soal gantung (AG) ini perlu beberapa tindakan, sebab kita nak dia diberi cuti, sementara dia cuti, maka solicitor general (peguamcara negara) ambil alih tugasnya.

“Kita masih ada solicitor general yang boleh jalan tugas AG,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya petang ini.

Ditanya sama ada Mohamed Apandi kini disiasat, Dr Mahathir berkata setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi dibuat terhadap peguam negara itu, meskipun terdapat pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Ini termasuk dakwaan "menutup salah laku".

"Atas dasar ini, kita berinya cuti," katanya.

Mahathir berkata siasatan hanya boleh dijalankan terhadap Apandi apabila laporan rasmi dibuat.

Apabila ini berlaku, beliau menambah, Apandi juga boleh dihalang daripada meninggalkan negara ini.

“Apabila siasatan dijalankan, pada masa itu tindakan boleh diambil untuk gantung AG atau pun tindakan-tindakan lain termasuk sekatan ke luar negara,” katanya.

Sementara Apandi bercuti, Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek akan mengetuai Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sebelum ini, Mahathir berkata negara tidak lagi mempunyai seorang peguam negara, tetapi Apandi menjalankan kerja seperti biasa pagi ini.

Selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei, perdana menteri membidas peguam negara dan menuduhnya menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB.

Apandi memberitahu portal berita atas talian bahawa hati nuraninya jelas dan menafikan bahawa dia tidak bertindak mengikut undang-undang.

Sementara itu, ditanya sebab Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya pagi ini, Dr Mahathir berkata itu adalah pilihan beliau.

"Selepas siasatan, beliau mungkin hanya digantikan, atau beliau boleh meletak jawatan, ambil cuti, pergi makan angin, buat sementara waktu.

"Jika siasatan mendapati terdapat kes terhadapnya, kami akan mengambil tindakan,” katanya.

Mahathir berkata beliau berharap untuk melantik seorang ketua pesuruhjaya SPRM baru esok.

Pagi ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad mengemukakan surat peletakan jawatannya selepas perdana menteri mendakwa suruhanjaya itu tidak mempedulikan amalan rasuah yang berleluasa.

Ditanya sama ada lebih ramai pegawai atau KSU yang akan digantung tugas berikutan aduan salah laku, Dr Mahathir berkata buat masa ini, kerajaan perlu mendapatkan laporan yang sewajarnya sebelum bertindak menggantung tugas mana-mana pegawai.

"Saya mahu melakukannya berdasarkan peraturan dan prosedur," katanya.

Open Comments

You Might Also Like: