Skip to main content

Pengeluaran KWSP Sehingga RM50,000 Fasa 1 Dibenarkan Bermula Hari Ini

Pengeluaran KWSP Sehingga RM50,000 Fasa 1 Dibenarkan Bermula Hari Ini
Pengeluaran KWSP Sehingga RM50,000 Fasa 1 Dibenarkan Bermula Hari Ini

Pengeluaran KWSP Sehingga RM50,000 Fasa 1 Dibenarkan Bermula Hari Ini

Tahukan anda bahawa Permohonan Dalam Talian boleh dilakukan untuk pengeluaran Wang Simpanan Persaraan (KWSP) anda. 

Pengeluaran boleh Dilakukan Melalui MBSB dan BSN.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pelaksanaan Fasiliti Sokongan Akaun 2 dalam dua fasa untuk membantu ahli KWSP yang memerlukan pembiayaan peribadi.

Pihak KWSP menyatakan bahawa pengeluaran KWSP Fasa 1 akan dibuka bermula 7 April 2023 dan akan kekal dibuka selama setahun.

Permohonan Fasa 1 adalah terbuka untuk ahli yang berumur 40 tahun ke atas dan layak, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Fasiliti ini dijangka dapat membantu lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak.

Tarikh mula untuk Fasa 2 untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat.

Permohonan pembiayaan peribadi ini boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian, dengan terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

 Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) yang akan dikenakan oleh bank-bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara 4 peratus hingga 5 peratus, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8 peratus hingga 15 peratus.

Jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

 Walaupun KWSP menawarkan kemudahan ini, ahli KWSP perlu memastikan kecukupan dan keselamatan simpanan persaraan mereka sebelum membuat permohonan.

KWSP menyatakan bahawa jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan dan pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

 Sebelum membuat permohonan, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP. Setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah.

Maka sebab itu penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar punyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Namun, di samping kebaikan yang ditawarkan oleh kemudahan ini, terdapat juga pandangan yang berbeza mengenai pengeluaran dana simpanan persaraan.

Beberapa negara seperti Australia, Peru dan Chile yang membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, sudah tidak lagi meneruskannya pada tahun lepas.

youtube image

Sekiranya ada mendapat kesulitan untuk memohon, kami mudahkan anda dengan adanya khidmat bantuan . Ianya adalah percuma hanya sertai atau join group sokongan (support group) di telegram. Tekan pada butang di bawah ini untuk bergabung atau menyertai group sokongan pelbagai info dan bantuan terkini
telegram support group
-->