Skip to main content

Inilah Perkara Pertama Yang Mahu Dilakukan Oleh Mat Sabu Selepas Dilantik Menjadi Menteri Pertahanan

Inilah Perkara Pertama Yang Mahu Dilakukan Oleh Mat Sabu Selepas Dilantik Menjadi Menteri Pertahanan
Selepas Saja Mat Sabu Dilantik Menjadi Menteri Pertahanan, Inilah Perkara Pertama Yang Dilakukannya Iaitu Tuntut Hak Tentera Dan Mahu Kes Skandal Tanah ATM Dibongkarkan Seperti Yang Rakyat Mahu Tahu Katanya
PETALING JAYA - Selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mahu

membongkar kes rasuah dan penjualan tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan telah tergadai.

Beliau yang merupakan Presiden Amanah berkata, selain itu beliau juga akan menyiasat sekiranya ada unsur rasuah yang berlaku sebelum ini di bawah pemerintahan BN.

"Berkaitan keselamatan negara, kita akan mempertingkatkan lagi. Saya akan tengok apa lagi pembaharuan yang bakal dilakukan dalam ATM," katanya selepas majlis pengumuman tiga menteri kabinet kerajaan di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Beliau juga minta diberikan masa meneliti segalanya perkara itu, memandangkan baru sahaja mengalas tanggungjawab tersebut.
-->