Cara Kemaskini Data Dan Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Secara Online
Posted on: March 27, 2023
Cara Kemaskini Data Dan Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Secara Online
Umum ketahui bahawa Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) salah satu inisiatif bantuan oleh kerajaan terkini.
Terbaharu, kerajaan telah pun mengumumkan permohonan baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mereka yang ingin buat permohonan atau buat rayuan.
Pun begitu yang masih belum kemaskini akaun mereka atau pada mereka yang ingin memohon bolehlah teruskan ikuti langkah yang telah disediakan.
Untuk makluman anda, STR Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada bulan April 2023. Sekiranya anda belum memohon atau terlepas maka bolehlah buat dengan langkah mudah ini.
Dan bagi mereka yang dulunya bujang dan dah kahwin atau ada anak bolehlah kemaskini akaun anda secara atas talian.
Pengenalan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023.
Bagi penerima STR 2023 Fasa 1 yang tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN.
Bayaran bagi STR 2023 Fasa 1 dan 2 menggunakan maklumat penerima BKM 2022 dan pembayaran Fasa 3 dan 4 akan menggunakan maklumat penerima STR 2023.
Cara Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2
Tempoh permohonan dan pengemaskinian adalah bermula pada 1 Mac hingga 31 Mac 2023.- Pergi ke laman rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk MySTR
- Tekan butang Kemas Kini Permohonan
- Isi dan kemaskini maklumat peribadi anda
- Tekan Teruskan Sahkan CAPTCHA
- Sila Tick pada Perakuan Pemohon
- Tekan Hantar