Skip to main content

"Saya Dimaklumkan Imigresen Malaysia Tidak Membenarkan Saya Dan Keluarga Ke Luar Negara..." - Luahan Sayu Najib Razak di laman sosial menjadi bahan ketawa netizen

"Saya Dimaklumkan Imigresen Malaysia Tidak Membenarkan Saya Dan Keluarga Ke Luar Negara..." - Luahan Sayu Najib Razak di laman sosial menjadi bahan ketawa netizen
"Saya Dimaklumkan Imigresen Malaysia Tidak Membenarkan Saya Dan Keluarga Ke Luar Negara..." - Luahan Saty Najib Razak di laman sosial menjadi bahan ketawa netizen
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akur dengan arahan Jabatan Imigresen yang menyekatnya keluar negara.

"Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara.

"Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara," jelas Najib di laman Twitternya sejurus mendapat arahan daripada Jabatan Imigresen.

Sebelum arahan sekatan dibuat, Najib mengumumkan beliau akan bercuti keluar negara bersama keluarganya.

Najib berkata dalam tempoh tersebut beliau akan membuat keputusan mengenai statusnya dalam parti.

"Dalam tempoh ini, saya akan mengambil keputusan mengenai kedudukan saya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, dengan mengambil kira kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional pada PRU ke-14.

"Saya mengambil maklum pelbagai pandangan pemimpin dan ahli-ahli parti di semua peringkat mengenai kedudukan saya.

"Sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan pilihan Raya Umum ke-14," jelasnya dalam satu kenyataan.
-->