Skip to main content

Che Ta Mengamuk Apabila Dia Dikecam Netizen Kerana Menyeru Orang Ramai Memuat Naik Gambar Tun Dr Mahathir Mohamad di Instagram Tapi Dipersoalkan

Che Ta Mengamuk Apabila Dia Dikecam Netizen Kerana Menyeru Orang Ramai Memuat Naik Gambar Tun Dr Mahathir Mohamad di Instagram Tapi Dipersoalkan
Che Ta Mengamuk Apabila Dia Dikecam Netizen Kerana Menyeru Orang Ramai Memuat Naik Gambar Tun Dr Mahathir Mohamad di Instagram Tapi Dipersoalkan
SHAH ALAM: Pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan mengamuk selepas seruannya supaya beramai-ramai memuat naik gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Instagram dipersoalkan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta mengajak orang ramai memuat naik gambar Mahathir sebagai soladiriti terhadap Perdana Menteri ke-7 itu.

"Bismillah. Jom Kita sama-sama menunjukkan soladiriti bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 dengan memuat naik gambar ini berserta nama anda tanda sokongan penuh kepada beliau. Amin. Tunjukkan KUASA RAKYAT mempu membawa perubahan,” tulisnya.

Bagaimanapun, seorang netizen mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Che Ta itu sambil mempersoal mengapa sebelum Pakatan Harapan diumumkan sebagai pemenang dalam PRU14, beliau berdiam diri.

Dalam entri sebelum ini, Che Ta mengakui bersyukur apabila kini dapat berkongsi gambar Tun Dr Mahathir Mohamad di media sosial miliknya tanpa sebarang halangan.

Tulisnya, sebelum ini terdapat beberapa pihak yang menghalangnya daripada melakukan perkara demikian.

"Lama saya simpan gambar ni. Tak boleh upload, sat lagi depa kacau, depa suruh delete. Letak gambar Tun, wish birthday pun salah, upload surat Tun ucapkan terima kasih sebab wish birthday untuk beliau pun tak kena.

"Saya tak boleh terang-terang sokong pembangkang (sebelum ini), depa ada kuasa, depa boleh buat apa saja.

"Saya banyak tanggungan, takut kalau bisnes kena kacau, muka kena banned keluar tv susah juga nak cari makan.

"Saya respect dengan rakan saya @bena1i & @fatiyalatiff yang begitu setia dan tak peduli bila kena ‘kacau’ dengan orang atas bila depa dengan terang- terangan menyokong Tun.

"Sesungguhnya betapa mulia jiwa mereka yang sabar dan setia. Lepas ini dah boleh dah upload gambar macam mana pun," tulisnya.

-->