Skip to main content

Nilai Ringgit Jatuh Semasa Dibuka Pada Hari Pertama Selepas Peralihan Kerajaan Baharu Yang Dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Rupanya Inilah Sebabnya
KUALA LUMPUR- Nilai ringgit jatuh semasa dibuka pada hari pertama selepas peralihan kerajaan baharu yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didorong oleh kebimbangan terhadap manifesto Pakatan Harapan yang mahu menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mengembalikan semula subsidi minyak.

Ringgit jatuh sebanyak 0.9 peratus, peratusan tertinggi sejak November 2016 kepada 3.9860 sebelum didagangkan.

Moody’s Investors Service and Fitch Ratings memberi amaran penghapusan GST akan memberi kesan kepada kewangan negara sekiranya tidak ditangani dengan memperkenalkan langkah-langkah meningkatkan perolehan yang lain.

Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak optimis terhadap pasaran kewangan selepas pilihanraya umum manakala terdapat penganalisa menjangkakan bursa saham dan ringgit akan menyusut dalam tempoh singkat sehingga halatuju dasar kerajaan semakin jelas.
-->