Skip to main content

Mat Dan Timang Anak Sulung

Mat Dan Timang Anak Sulung
Mat Dan Timang Anak Sulung
Personaliti, Mat Dan dikurniakan cahaya mata sulung berjantina lelaki pada 5 Mei lalu.

Mat Dan atau Kareef Danial berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi entri akaun Instagram peribadinya.

"Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.

"Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga," tulisnya di kapsyen.

Catatan itu disertakan sekeping foto yang memperlihatkan sebahagian tubuh bayinya tetapi tidak didedahkan sepenuhnya.

Mat Dan Timang Anak Sulung

Pengacara program Haramain Backpackers ini diijabkabulkan di Bukit Chendering, Kuala Terengganu pada 12 Mac 2017.

Majlis perkahwinan mereka berjaya dihidu media selepas foto pertunangan dengan gadis itu tular di laman sosial beberapa jam sebelum pernikahan.
-->