Skip to main content

Semalam Kecoh Pasal Rafizi Ramli Tidak Setuju Pelantikan Menteri, Tapi Hari Ini Kecoh Dikatakan Nurul Izzah Anwar Mengatakan Terimalah Keputusan Secara Positif

Semalam Kecoh Pasal Rafizi Ramli Tidak Setuju Pelantikan Menteri, Tapi Hari Ini Kecoh Dikatakan Nurul Izzah Anwar Mengatakan Terimalah Keputusan Secara Positif
Semalam Kecoh Pasal Rafizi Ramli Tidak Setuju Pelantikan Menteri, Tapi Hari Ini Kecoh Dikatakan Nurul Izzah Anwar Mengatakan Terimalah Keputusan Secara Positif
BUKIT MERTAJAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar meminta agar bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli menerima keputusan secara positif akan pelantikan tiga anggota kanan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut mahu melihat rakyat optimis terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan baharu.

“Apa yang diperlukan ketika ini adalah fokus kepada rakyat menerusi kerjasama baik dalam pentadbiran.

“Sebagai kawan baik, saya begitu menghargai sumbangan yang diberikannya (Rafizi) kepada parti dan negara.

“Jadi saya minta, demi perjuangan sahabat sejati, marilah kita lakukannya secara positif dan mengatasi apa sahaja yang berlaku untuk melalui fasa baharu pembentukan kerajaan di bawah PH,” katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri kesyukuran sempena kemenangan rakyat Permatang Pauh di sini hari ini.

Nurul Izzah diminta mengulas mengenai kenyataan Rafizi, juga naib presiden PKR, yang mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan Amanah sebagai menteri kanan yang dibuat Dr Mahathir adalah tanpa perbincangan dan rundingan dengan PKR.

Nurul Izzah berkata kenyataan lanjut berhubung perkara berkenaan akan diberikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut menyifatkan komentar oleh Tan Sri Dr Rais Yatim sangat berguna.

“Saya fikir Dr Rais Yatim mengeluarkan komentar yang sangat berguna dan kita ambil kesemua komentar yang dibawa dalam hasrat untuk memastikan pentadbiran ini bertumpukan kepada rakyat,” katanya.

Rais dalam catatan komentar sebelum ini menggesa Pakatan Harapan tidak mengambil remeh teguran Rafizi sebaliknya menggesa segera mengotakan janji kepada rakyat.

Rais turut dilapor berkata Rafizi telah banyak berkorban untuk Pakatan Harapan. — BERNAMA

-->