Skip to main content

Akhirnya Najib Dan Rosmah Tidak Dapat Keluar Negara Apabila Penerbangan Dibatalkan Kerana Rakyat Masih Beremosi Dan Menghalang Semua Laluan Di Lapangan Terbang

Akhirnya Najib Dan Rosmah Tidak Dapat Keluar Negara Apabila Penerbangan Dibatalkan Kerana Rakyat Masih Beremosi Dan Menghalang Semua Laluan Di Lapangan Terbang

SUBANG: Penerbangan yang dijadualkan membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi ini dibatalkan atas faktor keselamatan.

Sumber polis berkata, ini kerana terdapat ramai individu berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sejak awal pagi tadi.

"Ini adalah faktor keselamatan dan kehadiran ramai orang di sini pagi ini.

"Kami masih perlu memastikan keselamatan kepada semua individu. Rakyat ketika ini masih beremosi dan kami tidak akan membenarkan orang awam mengambil tindakan membelakangi undang-undang," katanya di sini.

Semalan tular jadual penerbangan pesawat peribadi yang didaftarkan di Indonesia dikatakan akan membawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke Jakarta hari ini.



Sumber: SinarHarian Online
-->