Skip to main content

Istana Negara: Pengampunan Diraja Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Akan Dimuktamadkan Pada Hari Rabu Ini

Istana Negara: Pengampunan Diraja Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Akan Dimuktamadkan Pada Hari Rabu Ini
Istana Negara: Pengampunan Diraja Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Akan Dimuktamadkan Pada Hari Rabu Ini
Istana Negara: Pengampunan Diraja Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Akan Dimuktamadkan Pada Hari Rabu Ini

Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, mesyuarat itu yang pada awalnya ditetapkan pada Selasa ditangguhkan ke 11 pagi Rabu ini atas permintaan Pejabat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong akan memuktamadkan pengampunan dan pembebasan Ketua Umum PKR, , Rabu ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, Sultan Muhammad V berpuas hati dengan semua prosedur berkaitan prosiding oleh Lembaga Pengampunan untuk pembebasan segera ketua umum Pakatan Harapan (PH) itu.

Beliau berkata, mesyuarat itu yang pada awalnya ditetapkan pada Selasa ditangguhkan ke 11 pagi Rabu ini atas permintaan Pejabat Perdana Menteri.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya perkara ini dimuktamadkan pada 16 Mei, Rabu menjelang Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Lembaga Pengampunan itu dipengerusikan Agong dan turut dianggotai perdana menteri serta peguam negara yang akan mempertimbangkan petisyen pengampunan dan pembebasan Anwar.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Agong sedia memberi pengampunan diraja dan pembebasan serta-merta kepada Anwar.

Anwar menjalani hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya yang dikenakan Mahkamah Rayuan.

Anwar yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan 8 Jun ini.

Anwar merupakan pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal gabungan 4 parti itu untuk pilihan raya umum ke-14.

Dr Mahathir akan menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik perdana menteri ke-8.
-->