Skip to main content

[LIVE] Lori Black Maria Dan Lebih Dari 10 Kereta Polis Di Luar Rumah Najib, Dan Lori Bawa Barang Keluar Dari Rumah Najib Tarik Perhatian Wartawan, Rupanya Inilah Sebabnya

[LIVE] Lori Black Maria Dan Lebih Dari 10 Kereta Polis Di Luar Rumah Najib, Dan Lori Bawa Barang Keluar Dari Rumah Najib Tarik Perhatian Wartawan, Rupanya Inilah Sebabnya
Cara Kemaskini Data Dan Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Secara Online
Lebih 10 kereta polis dan sebuah Black Maria dilihat di luar rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Malaysiakini difahamkan sepasukan anggota polis kini berada di dalam rumah Najib. Media dihalang menghampiri rumah berkenaan.

Dipercayai antara pegawai polis yang hadir adalah daripada jabatan jenayah komersial persekutuan.

Kira-kira 11 malam, seorang individu yang mendakwa sebagai peguam Najib dilihat memasuki rumah itu tapi beliau enggan memperkenalkan diri.

Kira-kira 20 minit kemudian, setiausaha akhbar bekas perdana menteri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad turut tiba.

Sumber yang rapat dengan Najib mendakwa kehadiran polis di situ adalah untuk menggeledah kediaman Najib.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Rafiq Mohamed Mustafa, yang dilihat meninggalkan kawasan itu sekitar 11.40 malam berkata "tunggu dan lihat" apabila ditanya berhubung kehadira polis di situ.

Lori Black Maria yang turut tiba di situ dikatakan memuatkan kotak-kotak yang dibawa masuk ke dalam rumah itu.

-->