Skip to main content

'Perkhidmatan saya ditamatkan oleh rejim Mahathir DAP' - Ahli UMNO Yang Juga Penyokong Setia Najib Berang Kontraknya Ditamatkan MOF

'Perkhidmatan saya ditamatkan oleh rejim Mahathir DAP' - Ahli UMNO Yang Juga Penyokong Setia Najib Berang Kontraknya Ditamatkan MOF
'Perkhidmatan saya ditamatkan oleh rejim Mahathir DAP' - Ahli UMNO Yang Juga Penyokong Setia Najib Meroyan Kontraknya Ditamatkan MOF
Bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Datuk Lokman Adam berang kontrak perkhidmatannya di kementerian itu ditamatkan semalam dan mendakwa dia dianiaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lokman yang juga merupakan anggota Biro Penerangan UMNO itu dilantik oleh perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan.

"Hari ini saya secara rasmi ditamatkan Perkhidmatan Sebagai Pengarah Komunikasi MOF oleh Regim Mahathir DAP.

"Saya ucap jutaan terima kasih kepada semua kakitangan MOF yang melayan saya dengan baik. Moga Allah selamatkan penjawat awam yang lain," tulisnya yang dipercayai cuba menakut-nakutkan kakitangan awam yang lain.

'Perkhidmatan saya ditamatkan oleh rejim Mahathir DAP' - Ahli UMNO Yang Juga Penyokong Setia Najib Meroyan Kontraknya Ditamatkan MOF

'Perkhidmatan saya ditamatkan oleh rejim Mahathir DAP' - Ahli UMNO Yang Juga Penyokong Setia Najib Meroyan Kontraknya Ditamatkan MOF

Terdahulu, Tun Dr Mahathir yang baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 telah mengambil beberapa tindakan pantas dengan menyekat bekas perdana menteri dan isteri dari meninggalkan negara dan difahamkan ada beberapa individu yang berkaitan juga disekat, namun senarai nama tidak didedahkan.

Semalam, Tun Dr Mahathir mengadakan mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa bersama semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk membincangkan beberapa manifesto kerajaan baru yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Hasil dari perbincangan itu, Ketua Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah yang juga pengerusi 1MDB dipendekkan tempoh kontrak dan dilarang menjalankan sebarang tugas serta ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula diarahkan bercuti dan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan diuruskan oleh peguam cara. Dan semalam Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad pula meletak jawatan dan mengatakan tempoh kontraknya telah tamat dan akan kembali bertugas ke AGC.

Sebelum itu, Tun Dr Mahathir pernah berkata pihaknya akan mengkaji semula fungsi SPRM kerana gagal berperanan dalam menyiasat skandal 1MDB.

Sumber: MalaysiaKini
-->