Skip to main content

Selepas Kecoh Kononnya Najib Dan Rosmah Disenaraihitamkan Oleh Sistem Pangkalan Data Imigresen Akhirnya KP Imigresen Sendiri Buka Mulut

Selepas Kecoh Kononnya Najib Dan Rosmah Disenaraihitamkan Oleh Sistem Pangkalan Data Imigresen Akhirnya KP Imigresen Sendiri Buka Mulut
Selepas Kecoh Kononnya Najib Dan Rosmah Disenaraihitamkan Oleh Sistem Pangkalan Data Imigresen Akhirnya KP Imigresen Sendiri Buka Mulut
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali memberitahu, tiada sekatan yang dibuat terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia berikutan dakwaan bahawa Najib dan Rosmah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

"Tidak ada sekatan pun setakat ini," katanya ringkas dalam pesanan WhatsApp kepada sumber portal berita atas talian.

Selain itu, ditanya mengapa di ruangan carian Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) Najib dan Rosmah tertera "Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat", Mustafar tidak mengulasnya.

Sebaliknya beliau sekali lagi mengulangi jawapannya bahawa tiada sekatan dibuat terhadap bekas perdana menteri ke-6 itu dan isterinya.

Satu portal berita atas talian sebelum ini melaporkan, carian SSPI Najib dan isterinya menunjukkan mereka disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Pangkalan data itu yang membenarkan rakyat Malaysia memeriksa sama ada mereka boleh ke luar negara sejak semalam dan sehingga berita ini ditulis (8.40 pagi) masih tidak dapat diakses.

Siasatan portal berita atas talian tersebut mendapati laman web berkenaan hanya tidak dapat diakses dari dalam Malaysia.

Sekiranya diakses dari dalam negara tanpa menggunakan proksi, laman web berkenaan akan menunjukkan ia tidak dapat diakses (down).

Lazimnya, sekiranya individu itu tidak disenaraihitamkan oleh Imigresen, paparan keputusan yang tertera adalah "Tiada Halangan".

Tidak dapat dipastikan sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau Jabatan Imigresen membuat tetapan (setting) di laman web itu bagi menghalang akses dari dalam negara.

Ini bererti Najib dan Rosmah tidak dapat memeriksa status imigresen mereka kecuali menggunakan proksi.
-->