Rumah Kondominium Mewah Najib Dan Rosmah Kena Serbu? Namun Apa Yang Ditemui Amat Mengejutkan
Posted on: May 13, 2018
SHAH ALAM: Agensi media Reuters melaporkan, polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur dipercayai milik keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mencari beberapa dokumen penting berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut pegawai kanan polis, tindakan itu dibuat susulan arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melarang bekas perdana menteri itu meninggalkan Malaysia selepas disyaki terlibat dalam salah laku skandal 1MDB.
Polis berkata, mereka bertindak selepas menerima aduan bahawa terdapat kenderaan milik kerajaan yang menghantar puluhan kotak dipercayai koleksi beg tangan berjenama dan barangan lain milik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke apartmen berkenaan.
Bagaimanapun, jurucakap bekas perdana menteri itu tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen.
Agensi berita itu berkata, terlihat kira-kira 20 pegawai polis memasuki lobi apartmen di Pavilion Residences ketika Tun Mahathir sedang mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan anggota Kabinetnya.
Turut kelihatan di apartmen berkenaan ialah kakitangan keselamatan dari bangunan itu.
"Kami sedang mencari dokumen kerajaan yang mungkin telah diambil secara haram kerana kerajaan bimbang ia adalah bukti penting dan bimbang dilarikan ke luar negara," kata seorang pegawai kanan polis yang tidak mahu disebut namanya.
Semalam, Pemuda Bersatu, Ben Ali yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan bahawa memang benar beliau telah membuat laporan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi berkenaan pemindahan barangan berjenama peribadi didakwa milik Rosmah.