Skip to main content

“Tak Perlu Keji Bagai Tiada Hari Esok”- Inilah Luahan Sayu Dan Sedih Dira Abu Zahar Apabila Kena Kecam Teruk Dengan Netizen

“Tak Perlu Keji Bagai Tiada Hari Esok”- Inilah Luahan Sayu Dan Sedih Dira Abu Zahar Apabila Kena Kecam Teruk Dengan Netizen
“Tak Perlu Keji Bagai Tiada Hari Esok”- Inilah Luahan Sayu Dan Sedih Dira Abu Zahar Apabila Kena Kecam Teruk Dengan Netizen
Pelakon Dira Abu Zahar meluahkan rasa kecewa apabila terdapat golongan dalam masyarakat melemparkan penghinaan dan bercakap buruk mengenai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 34, menerusi Instagram miliknya berkata, dia percaya setiap yang berlaku pasti ada kebaikan di sebaliknya.
Semoga Sihat Dan Baik

“YAB Datuk Seri Najib, saya harap Datuk Seri Najib berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu.

“Walau yang dicanang kini hanya keburukan semata-mata, tapi saya percaya, dalam setiapnya, pasti ada yang baik di sebaliknya,” tulisnya.

Dira yang juga exco Puteri Umno berkata, setiap perkara yang baik perlu dijadikan tauladan, manakala yang buruk dijadikan sempadan. Dia juga meminta orang ramai tidak terus menghukum bekas perdana menteri itu tanpa belas kasihan.

Tidak Perlu Keji Orang

“Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa. Tak perlu nak menghukum bagai tiada dosa dan pahala. Tak perlu menghakimi sesiapa bagai dunia milik kita semata,” ujarnya.

Tambah pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu lagi, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dia juga berjanji untuk terus memperjuangkan parti Umno dengan semangat baharu bersama atau tanpa presidennya.

“Kami anak muda akan terus memacu parti kesayangan ini dgn semangat yg lebih progresif, with or without u sir. Insyallah, kami takkan persiakan amanat DS. Moga Allah SWT merahmati DSN dan keluarga,” tulisnya.
-->