Skip to main content

Rafizi Ramli Kritik Tindakan Tun Dr Mahathir Tentang Isu Perlantikan Menteri Dia Didakwa Kerana Mahukan Jawatan Menteri Kewangan, Namun Ini Jawapan Beliau Buat Ramai Terkejut

Rafizi Ramli Kritik Tindakan Tun Dr Mahathir Tentang Isu Perlantikan Menteri Dia Didakwa Kerana Mahukan Jawatan Menteri Kewangan, Namun Ini Jawapan Beliau Buat Ramai Terkejut
Rafizi Ramli Kritik Tindakan Tun Dr Mahathir Tentang Isu Perlantikan Menteri Dia Didakwa Kerana Mahukan Jawatan Menteri Kewangan, Namun Ini Jawapan Beliau Buat Ramai Terkejut
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjelaskan tindakan beliau mempersoalkan pengumuman lantikan tiga menteri kanan bukan sebab mahu menjadi Menteri Kewangan.

Sebaliknya beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana beliau tidak terikat dengan jawatan.

Menurutnya, tiada persetujuan dicapai dalam mesyuarat pertama membincangkan mengenai portfolio menteri kerana PKR mahu melibatkan Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau saya mahu jadi menteri, saya tidak ambil risiko sehingga dipenjara empat tahun. Kritikan terhadap saya itu boleh saya terima, tetapi jangan menghina,” katanya dalam catatan Twitternya, sebentar tadi.

Rafizi berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau mahu menjadi Menteri Kewangan.

Katanya, laporan tersebut adalah fitnah dan beliau mengambil tindakan undang-undang.

“Sebab itu dari dua tahun lalu, bila saya tubuhkan Invoke Malaysia untuk bantu calon-calon Harapan menang PRU14, saya sudah maklumkan saya tidak akan terima sebarang jawatan kerajaan selepas menang PRU14,” katanya.


Dakwa mahu jadi menteri kewangan, Rafizi akan saman Sin Chew
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan menyaman akhbar harian berbahasa Cina Sin Chew kerana mendakwa beliau mahu menjadi menteri kewangan.

Ia susulan kritikan terbukanya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya melantik menteri - termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng sebagai menteri kewangan - tanpa berunding dengan PKR.

"Ada laporan Sin Chew yang kata saya bantah kerana saya mahu menjadi menteri kewangan.

"Saya dah nyatakan sejak tahun lalu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bahawa saya tidak mahu apa-apa jawatan dalam kerajaan.

"Laporan Sin Chew itu satu fitnah dan saya akan saman," katanya melalui Twitter.

Menurut Rafizi, sekiranya beliau mahu menjadi menteri, beliau tidak akan mengambil risiko yang boleh menyebabkannya dipenjara sehingga empat tahun dan sebaliknya akan mencium tangan Dr Mahathir dan Anwar.

Tambah Rafizi, beliau menerima banyak kritikan kerana bersuara, namun beliau mengingatkan agar pengkritiknya tidak taksub.

"Jangan cepat lupa bahawa apabila tiada yang berani menegur, kita kembali ke zaman BN.

"Kritikan terhadap saya, itu boleh saya terima, tetapi jangan menghina," katanya.

Rafizi menjelaskan bahawa dia tidak terikat dengan apa-apa jawatan, maka dia tiada kepentingan dan boleh bersuara secara terbuka untuk PKR.

"Kenyataan yang saya keluarkan itu adalah pendirian PKR dan bukan kenyataan peribadi saya.

"Oleh kerana saya satu-satunya pemimpin kanan (PKR) yang tudak akan menyertai kerajaan (lalu tiada konflik kepentingan), sebab itu ia dikeluarkan oleh saya," katanya.

Rafizi turut menjelaskan berhubung pelantikan menteri oleh Dr Mahathir.

Menurutnya PKR mahu Anwar terlibat dalam rundingan pelantikan kabinet tapi ia tidak berlaku.

"Sedang pemimpin PKR menunggu di Hospital Rehabiitasi Cheras (di mana Anwar ditempatkan) ketika itu pengumuman (pelantikan menteri) itu dibuat tanpa penyertaan PKR.

"Selepas itu Lim Guan Eng dan Dr Mahathir datang berjumpa Anwar," katanya.
-->