Skip to main content

Peguam Negara Iaitu Tan Sri Apandi Ali Dicadangkan Letak Jawatan

Peguam Negara Iaitu Tan Sri Apandi Ali Dicadangkan Letak Jawatan
Peguam Negara Iaitu Tan Sri Apandi Ali Dicadangkan Letak Jawatan
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali perlu meletakkan jawatan memandangkan Perdana Menteri jelas menunjukkan bahawa beliau hilang kepercayaan terhadap beliau dengan berkata tidak ada Peguam Negara di negara ini sekarang.

Kata beliau, Perdana Menteri juga berkata bahawa terdapat asas yang kukuh untuk siasatan dibuat terhadap kes 1MDB ditangani sebelum ini.

“Saya berpendapat, keadaan akan menjadi sukar walaupun tidak mustahil untuk Apandi kekal sebagai Peguam Negara.

“Adalah menjadi tanggungjawab menurut perlembagaan bagi Peguam Negara, antara lain untuk menasihati Perdana Menteri, juga sebagai Pendakwa Awam.

“Apandi tidak berada dalam posisi untuk menasihati Perdana Menteri memandangkan Perdana Menteri tidak mempercayai beliau,” kata Gobind dalam kenyataannya hari ini.

Katanya lagi, beliau berpendapat, tidak ada alasan untuk Apandi kekal sebagai Peguam Negara, sebaliknya beliau mesti meletakkan jawatan.
-->