Skip to main content

Krisis Kerajaan Sabah Kian Meruncing Kerana Bakal Ada 2 Ketua Menteri Mengangkat Sumpah Seperti Tahun 1985?

Krisis Kerajaan Sabah Kian Meruncing Kerana Bakal Ada 2 Ketua Menteri Mengangkat Sumpah Seperti Tahun 1985?
Krisis Kerajaan Sabah Kian Meruncing Kerana Bakal Ada 2 Ketua Menteri Mengangkat Sumpah Seperti Tahun 1985?
Presiden Warisan berada di istana negeri bersama 5 Adun BN yang akan bertukar parti, memberikan beliau hak untuk menjadi ketua menteri.

Shafie mungkin ada 6 wakil rakyat menyokongnya selepas meninggalkan BN.
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berada di istana negeri bersama 5 Adun Barisan Nasional yang bertukar parti ke Parti Warisan Sabah (Warisan).

Lima Adun tersebut ialah Bobby Suan (Nabawan), Ewon Benedick (Kadamaian), Abidin Madingkir (Paginatan), Abdul Muis Picho (Sebatik), Hamisa Samad (Tanjung Batu) dan Osman Jamal (Balung).

Shafie tiba di istana negeri sekitar 3 petang tadi bersama 5 wakil rakyat itu cuba untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah, selepas sekarang dikatakan memperoleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun, dipercayai para Adun lain dari Warisan, DAP dan PKR belum tiba di istana negeri.

Sekiranya Shafie berjaya mengangkat sumpah, ia akan menjerumuskan Sabah ke dalam satu dilemma perlembagaan seperti mana yang berlaku pada 1985 apabila 2 individu mengangkat sumpah ketua menteri.

Malam tadi, Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertua Sabah Juhar Mahiruddin bersama ahli jemaah menteri baharu, termasuk Presiden Star Jeffrey Kitingan yang dinamakan sebagai timbalan ketua menteri.

Kini terdapat kira-kira 100 penyokong Warisan di luar istana negeri yang menunggu perkembangan terkini dari Shafie.

Ini merupakan cubaan ketua Shafie untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri selepas dihalang masuk ke istana negeri pagi tadi.

Khabar angin mengatakan seorang lagi Adun BN juga sudah beralih ke Warisan, menjadikan bilangan wakil rakyat baharu yang bersama Shafie seramai 6 orang.

Ini akan mengurangkan bilangan Adun BN-Star kepada 25 orang, daripada 31 yang dimaklumkan Musa malam tadi semasa mengangkat sumpah.
-->