Skip to main content

Hampir Semua Pemimpin UMNO Negeri Seluruh Malaysia Desak Datuk Seri Najib Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO

Hampir Semua Pemimpin UMNO Negeri Seluruh Malaysia Desak Datuk Seri Najib Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO
Hampir Semua Pemimpin UMNO Negeri Seluruh Malaysia Desak Datuk Seri Najib Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO


Hampir Semua Pemimpin UMNO Negeri Seluruh Malaysia Desak Datuk Seri Najib Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO
Exco Pemuda Umno, Datuk Arman Azha Abu Hanifah hari ini menuntut dan mendesak presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak segera melepaskan jawatannya.

Katanya, tindakan itu penting bagi memastikan proses transformasi parti berkenaan berjalan lancar.

“Kami menuntut dan mendesak Najib Razak segera melepaskan jawatan presiden Umno demi kepentingan parti.

“Kami berpendapat Najib perlu bertanggungjawab susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Arman Azha (foto, atas) berkata beliau membuat kenyataan itu mewakili Briged Kesatria Muda Pemuda Umno kerana meletakkan kepentingan parti di hadapan demi survival Umno.

“Sudah sampainya masa Umno memberikan peluang dan keutamaan pada kepimpinan muda untuk memacu parti ni demi kelangsungan Umno di mata rakyat

“Kami semua sayangkan Umno dan kami mahu Umno kekal relevan pada masa hadapan. Kami bermuhasabah diri utk perbaiki kesilapan kami dan mohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan kami,” katanya.

Di Shah Alam, Pemuda Umno Selangor juga mahu Najib segera melepaskan jawatannya.

Ketuanya, Zainuri Zakaria berkata, Najib perlu bertanggungjawab susulan kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu.

“Kita tidak bercakap mengenai individu, tapi kita bercakap mengenai masa depan parti (Umno).

“Maka adalah lebih baik supaya beliau (Najib) bertanggungjawab serta berundur supaya satu gerakan pembaharuan dapat dilaksanakan dalam parti,” katanya yang dipetik oleh portal pembangkang Utusan Malaysia.

Sebuah lagi portal propembangkang, Harian Metro juga melaporkan Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias juga mendesak Najib mengosongkan jawatan untuk memperbaharui parti.

Beliau turut dipetik mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan jawatan kerana didakwa sebagai punca kekalahan parti itu di negeri itu.

Menurutnya, faktor peribadi Najib menyebabkan BN tewas buat kali pertama di peringkat pusat selepas 61 tahun mentadbir negara.

“Begitu juga di Negeri Sembilan, Tok Mat (Mohamad) adalah punca BN tewas.

“Selama ini BN tidak pernah jatuh kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya dipetiik oleh portal mesra Umno itu.

Jalaluddin berkata, dua pemimpin itu perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan parti yang menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa.

Beliau adalah ketua Umno bahagian yang pertama mendesak peletakan jawatan Najib dan Mohamad selepas kecewa kekalahan BN dalam PRU-14.

PRU14 menyaksikan penguasaan 60 tahun BN berkubur apabila hanya menang 79 daripada 222 kerusi Parlimen, selain hilang beberapa negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Terengganu.

Awal hari ini, Pergerakan Pemuda Umno Kedah juga menggesa Najib berundur daripada jawatan presiden bagi menyelamatkan parti itu.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata Najib harus mengambil tanggungjawab berikutan kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum ke-14 Rabu lalu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam perutusannya sempena ulang tahun yang ke-72 parti itu menyeru ahli-ahli supaya membina semula dan mengembalikan Umno kepada semangat asal.

Dalam konteks itu, Khairy berkata, Umno tidak boleh dilihat sebagai parti yang terpisah daripada rakyat, hanya untuk golongan atasan, tidak kisah soal integriti selain dianggap bongkak dan sombong.

Beliau sebaliknya mahukan Umno menjadi parti untuk orang ramai.

Pemuda Umno Wilayah dan Selangor desak Najib berundur
Hampir Semua Pemimpin UMNO Negeri Seluruh Malaysia Desak Datuk Seri Najib Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO
Sayap pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan Selangor turut mendesak Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Razlan Rafii berkata pemimpin tertinggi Umno perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Pemimpin tertinggi perlu ambil tanggungjawab sepenuhnya atas malapetaka ini dan harus bersedia untuk berundur diri dan seterusnya memberi laluan kepada muka baru mengetuai parti keramat Umno," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ketika dihubungi, Razlan menjelaskan bahawa pemimpin tertinggi yang dimaksudkannya adalah presiden dan pemimpin tetringgi lain.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Selangor Zainuri Zakaria turut membuat gesaan serupa.

"Kita tidak bercakap mengenai individu, tapi kita bercakap mengenai masa depan parti (Umno).

“Maka adalah lebih baik supaya beliau (Najib) bertanggungjawab serta berundur supaya satu gerakan pembaharuan dapat dilaksanakan dalam parti,” katanya yang dipetik oleh portal pembangkang Utusan Malaysia.

Awal hari ini, Pemuda Umno Kedah dan Terengganu turut menggesa Najib berundur.

Gesaan itu dibuat ketika Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Khairy Jamaluddin menggesa agar parti diberi nafas baru dibuat secepat mungkin.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan Ketua Jelebu Umno Jalaluddin Alias ikut menggesa Najib dan Pengerusi Umno Negeri Sembilan Mohamad Hasan meletakkan jawatan.

Pemuda UMNO Kedah minta Najib berundur
Hampir Semua Pemimpin UMNO Negeri Seluruh Malaysia Desak Datuk Seri Najib Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO
Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menggesa Datuk Seri Najib Razak, segera mengatur proses transisi kuasa demi menyelamatkan parti dengan mengosongkan jawatan Presiden UMNO.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata sudah banyak air mata pejuang parti tumpah demi mempertahankan institusi Presiden yang diumpamakan mempertahankan parti itu sendiri.

"Pemuda UMNO Kedah konsisten mempertahankan Presiden sebelum ini, namun demi kelangsungan parti pada masa hadapan kita mendesak supaya Datuk Seri Najib berjiwa besar mengosongkan jawatan beliau demi memberi laluan kepada kepimpinan yang lebih muda dan berupaya.

"Sudah nyata bahawa beliau (Najib) gagal mentadbir dan mempertahankan kuasa yang sudah kita pegang selama 60 tahun yang lalu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan penguasaan 60 tahun Barisan Nasional (BN) berkubur apabila hanya menang 79 daripada 222 kerusi Parlimen, selain hilang penguasaan di beberapa negeri seperti Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Shaiful Hazizy berkata, Pemuda UMNO Kedah menggesa agar proses transisi kuasa dalam parti itu dilakukan dengan kadar segera kerana hakikatnya akar umbi masih setia dan menunggu arahan.

"Kita tidak sanggup lagi menanggung liabiliti peribadi ini. Parti harus bingkas bangun dan melaksanakan transformasi menyeluruh.

"Harus diingat rakyat sudah menghakimi kita, sudah tentunya kita perlu muhasabah diri dan bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan," katanya.

Mengenai keputusan PRU-14, katanya Pemuda UMNO Kedah menerima kekalahan teruk BN, malah akur bahawa rakyat sudah membuat keputusan dan ahli serta kepimpinan parti perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Hakikatnya apabila rakyat sudah buat keputusan kita kena terima dan berharap kerajaan baharu ini dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawab mereka dengan lebih baik, berbanding kerajaan sebelum ini.

"Namun apa yang perlu kita lihat adalah keperluan untuk BN kembali melihat ke hadapan dan buat pembaharuan dengan lebih berkesan, pada masa sama menjadi pembangkang yang lebih hebat dan berbisa.

"Untuk itu kita memerlukan perubahan kepimpinan dan pendekatan. UMNO dan BN tidak boleh berjaya dengan menggugat dengan sekadar mempunyai kepimpinan dan cara mengurus seperti yang kita ada hari ini," katanya.
-->