Skip to main content

Enggan Pedulikan Bantahan Dari Warga Sabah, Musa Aman Nekad Angkat Sumpah Sebagai KM Sabah

Enggan Pedulikan Bantahan Dari Warga Sabah, Musa Aman Nekad Angkat Sumpah Sebagai KM Sabah
Enggan Pedulikan Bantahan Dari Warga Sabah, Musa Aman Nekad Angkat Sumpah Sebagai KM Sabah

Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri untuk kali kelima malam ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin.

Ia di sebalik tindakan sejumlah penduduk negeri itu yang mengadakan himpunan di bandar raya Kota Kinabalu bagi menyuarakan bantahan terhadap BN.

Tiada pihak yang mendapat majoriti mudah pada PRU kali ini. BN mendapat 29 kerusi DUN, jumlah sama yang diperolehi Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan rakan kerjasamanya PKR dan DAP.

Namun selepas Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memutuskan untuk bekerjasama dengan BN, ia memberikan majoriti mudah kepada BN untuk membentuk kerajaan negeri.

Presiden STAR Datuk Jeffrey Kitingan bagaimanapun mendakwa pemimpin BN akan meninggalkan parti mereka agar gabungan itu tidak lagi terlibat dalam politik negeri itu.

Tengahari tadi, Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan majlis tertinggi parti itu memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyokong WARISAN.

Tangau berkata ia bagi memulakan usaha menubuhkan kerajaan negeri baru.

Namun lima ADUN UPKO yang menang dalam pilihan raya kali ini menafikan perkara itu dan menegaskan mereka akan kekal dengan BN.


Ratusan penyokong Warisan-DAP-PKR berhimpun
Ratusan penduduk Sabah dan penyokong Parti Keadilan Keadilan (PKR), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP dilihat berhimpun di bahu jalan menuju ke Istana Negeri Sabah.

Tindakan itu juga dipercayai sebagai tanda protes menjelang majlis angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Kesemua mereka mula berkumpul di bahu jalan itu sejak pukul 5 petang selepas pengumuman Barisan Nasional (BN) Sabah berjaya membentuk kerajaan negeri selepas calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bekerjasama dengan BN sebagai satu gabungan.
Para penyokong dan penduduk Sabah itu dilihat sebagai tanda protes di atas tindakan calon STAR yang memutuskan untuk bekerjasama dengan BN Sabah.

Bukan setakat itu, beberapa kawasan di bandaraya Kota Kinabalu turut dibanjiri penyokong sebagai tanda protes.

Mereka berhimpun sambil membawa bendera parti sambil melaungkan slogan 'Ubah'. Turut kelihatan laluan masuk ke Jalan Istana Negeri turut ditutup selain dikawal ketat oleh pihak polis.

Beberapa netizen turut berkongsi video dan gambar mengenai perhimpunan itu.

Kelihatan para penduduk Sabah berhimpun di luar pekarangan Istana Negeri membantah tindakan calon yang melompat parti.

Enggan Pedulikan Bantahan Dari Warga Sabah, Musa Aman Nekad Angkat Sumpah Sebagai KM Sabah

Enggan Pedulikan Bantahan Dari Warga Sabah, Musa Aman Nekad Angkat Sumpah Sebagai KM Sabah

Enggan Pedulikan Bantahan Dari Warga Sabah, Musa Aman Nekad Angkat Sumpah Sebagai KM Sabah


-->