Akhirnya Terbongkar Siapa Sebenarnya Syed Saddiq Antara Pemimpin Paling Muda Malaysia Dan Inilah 6 Perkara Yang Mungkin Korang Tak Tahu
Posted on: May 09, 2018
Keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 telah diketahui umum dan tahniah diucapkan kepada Parti PKR kerana berjaya mengambil alih kerajaan Malaysia selepas 61 tahun memerintah negara.
Antara yang menarik perhatian adalah kemenangan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini suatu ketika dahulu pernah menjadi bualan netizen apabila dia menolak tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Oxford, UK untuk fokus dalam bidang politik.
Siapa sebenarnya Syed Saddiq ni?
Pemuda ini pernah mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali suatu ketika dahulu.
Banyak pengalaman manis yang di kecapi sepanjang menceburi bidang pendebatan.Oleh kerana kelantangan suaranya juga, Syed Saddiq pernah dilarang untuk membuat perkongsian di empat buah universiti Malaysia.
Sebelum ini lagi, Syed Saddiq sudah mendapat perhatian umum dengan statusnya yang sering mempersoalkan dan mengkritik beberapa pihak tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Secara kasar rasanya semua orang mengenali anak muda ini kerana kelantangannya bersuara. Tapi, di sebalik personaliti Syed Saddiq ini, ada 6 perkara yang mungkin korang tak pernah tahu tentang dirinya.
1. Enam tahun yang lalu, dia merupakan seorang yang sangat berbeza daripada dirinya hari ini. Boleh berbahasa Inggeris tetapi tidaklah pandai mana. Syed Saddiq tidak pernah dapat A dalam subjek Bahasa Inggeris walaupun kertas ujian bahasa ini tidaklah terlalu sukar.
Ilmunya juga tidak setinggi mana. Dia pernah menganggap Africa adalah negara dan Mesir merupakan sebuah benua. Pernah menyebut recipe sebagai ‘reh-sip’.
2. Tidak malu untuk mengaku bahawa dia seorang ‘anak emak’. Ibunya seorang guru dan pernah membantu ibunya mengajar tuisyen. Pada masa yang sama dapat mendidiknya menjadi seorang yang tegas.
3. Pada suatu ketika dahulu, Syed Saddiq seorang yang racist dan bersifat perkauman sehingga menganggap orang yang tidak solat akan dibakar di neraka dan dirinya hanya bergaul dengan orang Islam saja.
Ada yang mengatakan bahawa jika seseorang itu mempunyai sifat ‘racist’ dan tidak boleh berubah, anda silap. Syed Saddiq adalah antara mereka yang dulunya bersikap perkauman tetapi telah berjaya berubah.
4. Dia berpendapat bahawa titik perubahan di Malaysia bukanlah melalui military tetapi politik. Baginya, jika dia ingin mengubah nasib negara, dia harus mengambil bahagian dalam politik.
Tidak semestinya menjadi seorang ahli politik, tetapi dia boleh menjadi aktivis dengan menghadirkan diri dalam setiap wacana politik.
5. Syed Saddiq berpegang pada kata-kata ibunya di mana jika ada apa-apa yang berlaku pada dirinya, orang pertama yang ada berada di barisan hadapan untuk menyokongnya adalah ibunya sendiri.
Ibunya juga turut memberitahu, dia tidak memerlukan sokongan Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng atau Rafizi Ramli sekali pun. Syed Saddiq percaya dia hanya memerlukan daripada ibu tercinta kerana dia tetap menganggap ibunya adalah seorang wanita hebat.
6. Syed Saddiq juga berpendapat bahawa semua mempunyai matlamat yang sama iaitu menyelamatkan Malaysia melalui rasa cinta dan nasionalisme. Bukan hanya mengenai Mahathir, bukan saja tentang perkara itu dan ini tetapi ia adalah mengenai semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang tanpa mengira ideologi dan agama mereka.
Baru berusia 25 tahun, nama Syed Saddiq telah hangat diperkatakan dalam dunia politik. REMAJA doakan agar perjuangan anak muda ini tidak berhenti disini dan terus membela nasib golongan belia untuk masa hadapan
Sumber: themalaymailonline.com