Skip to main content

Tun Dr Mahathir Kata Kerajaan Sekarang Tahu Dimana Jho Low Bersembunyi

Tun Dr Mahathir Kata Kerajaan Sekarang Tahu Dimana Jho Low Bersembunyi

Perdana menteri berkata, permohonan untuk mengekstradisi Jho Low belum dikemukakan kerana kerajaan tidak dapat melakukan semua perkara serentak.

Dr Mahathir berkata, bukan tugasnya untuk menahan Jho Low.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berjaya mengesan lokasi ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan isu 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low.

Bagaimanapun, katanya, permohonan untuk mengekstradisi Jho Low belum dikemukakan kerana kerajaan tidak dapat melakukan semua perkara serentak.

“Secara asasnya, kami sudah tahu di mana dia (Jho Low). Namun, bukan kerja saya untuk tangkap orang,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beberapa nama lain turut disenarai hitamkan daripada keluar negara, selain bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ketika ini, saya perlu dapatkan laporan dahulu. Saya tidak boleh gantung mana-mana (orang) sesuka hati. Saya perlu ikut undang-undang.”

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengesahkan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pernah didakwa atas tuduhan membunuh model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 tiada dalam senarai hitam itu.

“Setakat ini, namanya tidak timbul antara nama disekat.”

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau sudah mengarahkan ketua setiausaha di semua kementerian supaya tidak membawa keluar atau membakar dokumen kerajaan.

“Kita sedang siasat, setiap dokumen tidak boleh diambil keluar atau dibakar. Kita kena ikut peraturan.”
-->