Skip to main content

Semalam Kecoh Kononnya Rosmah Dan Najib Nak Lari Keluar Negara, Hari Ni Semak Kat Imigresen Akhirnya Najib dan Rosmah Disenarai Hitamkan Oleh Jabatan Imigresen Inilah Sebabnya Buat Ramai Terkejut

Memetik satu laporan artikel berita atas kalian bahawa portal tersebut menyatakan Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Berdasarkan carian di Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Pangkalan data itu yang membenarkan rakyat Malaysia memeriksa sama ada mereka boleh ke luar negara sejak semalam dan sehingga berita ini ditulis (5.30 pagi) tidak dapat diakses.

Siasatan Laman berita atas talian itu mendapati laman web berkenaan hanya tidak dapat diakses dari dalam Malaysia. Sekiranya diakses dari dalam negara tanpa menggunakan proksi, laman web berkenaan akan menunjukkan ia tidak dapat diakses (down).

Bagaimanapun, dengan menggunakan proksi luar negara, Laman berita atas talian itu berjaya mengakses sistem laman web berkenaan untuk memeriksa status Najib dan Rosmah menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Nombor kad pengenalan itu juga sudah disemak dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengesahkan identitinya.

Semakan mendapati dengan memasukkan nombor kad pengenalan Najib (530723-06-XXXX) dan Rosmah (511210-05-XXXX) paparan keputusan tertera "Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat".

Semalam Kecoh Kononnya Rosmah Dan Najib Nak Lari Keluar Negara, Hari Ni Semak Kat Imigresen Akhirnya Najib dan Rosmah Disenarai Hitamkan Oleh Jabatan Imigresen Inilah Sebabnya Buat Ramai Terkejut

Semalam Kecoh Kononnya Rosmah Dan Najib Nak Lari Keluar Negara, Hari Ni Semak Kat Imigresen Akhirnya Najib dan Rosmah Disenarai Hitamkan Oleh Jabatan Imigresen Inilah Sebabnya Buat Ramai Terkejut

Ia adalah paparan yang tertera bagi anggota parlimen Pakatan Harapan dan aktivis politik yang tidak dibenarkan ke luar negara sebelum ini.

Lazimnya, sekiranya individu itu tidak disenaraihitamkan oleh Imigresen, paparan keputusan yang tertera adalah "Tiada Halangan".

Tidak dapat dipastikan sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau Jabatan Imigresen membuat tetapan (setting) di laman web itu bagi menghalang akses dari dalam negara.

Ini bererti Najib dan Rosmah tidak dapat memeriksa status imigresen mereka kecuali menggunakan proksi.

Penyenaraianhitam bekas perdana menteri dan isterinya itu terjadi ketika terdapat laporan semalam berhubung yang mengatakan mereka merancang untuk menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Perdanakusuma di Jakarta.

Najib dan Rosmah dikatakan akan menaiki kapal terbang persendirian yang dioperasikan oleh Premiair.

Premiair adalah syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh, yang juga merupakan pengasas PT Rajawali Corp.

Ahli perniagaan Indonesia itu terlibat dalam kontroversi penjualan 37 peratus saham Eagle High Plantations kepada Felda dengan harga AS$505.4 juta tahun lepas.

Menurut siasatan antarabangsa, Najib didakwa menerima berbilion ringgit yang didepositkan dalam akaun peribadinya, yang didakwa sebahagian daripada dana 1MDB.

Bekas perdana menteri itu mendakwa wang berkenaan adalam "derma" daripada ahli keluarga Arab Saudi. Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi.

Beberapa anggota kabinet Najib sebelum ini tampil mengkritik beliau berhubung skandal itu, namun bekas perdana menteri itu berjaya menyingkirkan pengkritiknya dan memindahkan ketua-ketua agensi yang terlibat dalam menyiasat skandal berkenaan.

Bagaimanapun, Najib dan BN kalah mengejut terhadap Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14, dengan hanya memenangi 79 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

PRU itu menyaksikan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai perdana menteri ketujuh sekali gus menamatkan 61 tahun pemerintahan BN.

Laporan penerbangan Najib dan Rosmah sebelum ini memnyebabkan timbul spekulasi mereka cuba "melarikan diri" namun sumber yang dekat dengan bekas perdana menteri itu mendakwa mereka hanya pergi "bercuti dua hari".

Awal hari ini, portal berita Wall Street Journal, memetik sumber yang dekat dengan Dr Mahathir berkata langkah berjaga-jaga untuk memastikan Najib dan Rosmah tidak dapat ke luar negara sudah diambil.

Laman berita atas talian itu juga membuat semakan pada beberapa individu lain yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, termasuk ahli perniagaan Low taek Jho dan Pengerusi 1MDB Irwan Serigar Abdullah.

Setakat artikel ini ditulis, nama mereka tidak disenarai hitam.
-->