Skip to main content

Polis Serbu Kediaman Mewah Najib Dan Rosmah? Apa Yang Telah Berlaku Sebenarnya?

Polis Serbu Kediaman Mewah Najib Dan Rosmah? Apa Yang Telah Berlaku Sebenarnya?
Kecoh Di Media Sosial Video Rakaman Kononnya Barang Kemas Dan Duit Dirampas Bernilai Jutaan Ringgit Dipercayai Milik Najib dan Rosmah Jadi Viral? Rupanya Inilah Cerita Sebenarnya Yang Ramai Buat Ramai Terkejut...
Polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur hari ini, yang didiami anggota keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi mencari dokumen sensitif yang dibimbangi kerajaan akan dibawa keluar dari negara, kata dua pegawai polis kanan.

Serbuan itu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah menghalang Najib keluar daripada negara kerana dakwaan salah laku berhubung skandal 1MDB.

Polis berkata mereka bertindak selepas satu laporan mendakwa kenderaan kerajaan membawa berdozen kotak berisi beg tangan berjenama dan barangan lain ke apartmen itu untuk diberikan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rasa tidak puas hati orang ramai terhadap dakwaan korupsi itu dilihat sebagai antara punca kekalahan mengejut Barisan Nasional - yang sekian lama memerintah - pada pilihan raya umum Rabu lalu.

Najib berulangkali menafikan sebarang salah laku.

Jurucakap Najib tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara ini. Reuters juga tidak dapat menghubungi Najib, isterinya, anggota keluarga lain atau rakan terdekat.

Reuters melihat kira-kira 20 anggota polis memasuki lobi apartmen Pavilion Residences di ibu kota Malaysia itu, pada masa sama Mahathir mengadakan sidang media mengumumkan anggota kanan kabinetnya.

Mereka dibantu sekurang-kurangnya 12 lagi anggota penguatkuasa tidak beruniform. Anggota keselamatan memberi kerjasama dengan baik. Bangunan itu dimiliki Desmond Lim, seorang ahli perniagaan kaya dan penyokong Najib.

"Kami mencari dokumen kerajaan yang mungkin telah diambil secara tidak sah," kata seorang anggota polis kanan yang enggan dinamakan kerana tiada autoriti untuk bercakap dengan media.

"Kerajaan bimbang (dokumen) mungkin sensitif dan penting, dan berisiko dibawa keluar dari negara."

Beliau enggan menjawab sama ada dokumen itu telah ditemui dan berkata operasi "sedang berjalan".

Polis berkata anggota keluarga Najib tinggal di apartmen itu tetapi enggan mendedahkan nama mereka.

Kotak jingga
Tindakan polis susulan laporan yang dibuat dua pemimpin sayap pemuda parti Mahathir iaitu BERSATU.

Laporan itu, yang dilihat Reuters, mendakwa van yang memaparkan logo Jabatan Perdana Menteri menghantar kotak-kota berisi 50 beg tangan berjenama Birkin ke Pavilion Residence pada Khamis lalu.

Laporan itu mendakwa kotak tersebut menunjukkan nama penerima sebagai Rosmah Mansor.

Dua gambar yang dilampirkan bersama laporan itu, yang turut dilihat Reuters, menunjukkan sebuah van dengan logo jabatan itu dan sebuah troli dipenuhi kotak-kotak berwarna jingga. Gambar itu tidak menunjukkan lokasi, tarikh dan kandungan kotak itu - termasuk sama ada memang ada beg tangan di dalamnya.

Menurut laporan itu, setiap beg tangan Birkin itu dianggarkan berharga $200,000.

Ketika ditanya sama ada Rosmah tinggal di apartmen tersebut, pegawai polis kanan itu hanya mengesahkan ia didiami "anggota keluarga" Najib.

Seorang lagi anggota polis yang terlibat dalam operasi menyifatkan mereka yang terbabit sebagai "VVIP".

Kedua-dua anggota polis itu berkata penyiasat tidak berminat dengan barangan mewah itu tetapi mencari dokumen yang mungkin amat penting bagi penyiasatan terhadap pentadbiran Najib.

Ke luar negara
Ketua Polis Kuala Lumpur dan seorang jurucakap rasmi polis tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas perkara itu.

Terdahulu, Najib berkata akan ke luar negara selama seminggu untuk berehat. Beberapa minit kemudian, Jabatan Imigresen mengumumkan beliau dan isteri telah dihalang untuk meninggalkan negara.

Mahathir, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Khamis lalu, berikrar untuk menyiasat dakwaan kehilangan berbilion ringgit daripada syarikat milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diasaskan Najib.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sejumlah AS$681 juta daripada 1MDB telah dipindahkan ke akaun peribadi individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official One. Sumber AS dan Malaysia mengesahkan individu itu adalah Najib.

Najib pernah mengatakan wang itu adalah derma daripada anggota keluarga diraja Arab Saudi dan sebahagian besarnya telah dipulangkan.

Polis nafi serbu pangsapuri mewah
Polis menafikan dakwaan pihaknya melakukan serbuan di sebuah unit pangsapuri mewah, di sini, dipercayai milik ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata laporan oleh media asing yang mendakwa anggota polis berpakaian biasa menyerbu sebuah pangsapuri yang didiami ahli keluarga dekat Najib adalah tidak benar.

"Polis menyiasat laporan dan dakwaan yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri (Najib), tetapi kami tidak melakukan sebarang serbuan seperti yang didakwa oleh beberapa agensi media.

"Kami sedang menyiasat kesahihan beberapa laporan berhubung sebuah laporan polis yang dibuat dan masih mengumpul maklumat, namun serbuan yang dikatakan dibuat di Pavilion Residences adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata, tindakan pihak media melaporkan sesuatu perkara yang tidak benar dan membuat spekulasi dilihat sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Beberapa laporan yang diterbitkan bukan daripada sumber yang boleh dipercayai, mungkin mereka mendengar daripada pihak ketiga. Ia bukan hanya tidak beretika, malah satu kesalahan," katanya.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, pihaknya sudah memperoleh rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Beliau merujuk kepada laporan beberapa portal berita yang mendakwa sebuah pangsapuri mewah yang didiami ahli keluarga bekas Pengerusi UMNO itu diserbu selepas dakwaan cubaan untuk menyembunyikan bukti.

Terdahulu, memetik sumber polis sebagai berkata, portal berita itu mendakwa sepasukan anggota polis menyerbu unit kediaman itu bagi menghalang usaha menyembunyikan atau membawa keluar dokumen penting milik kerajaan sebelum ini.

Ia turut menyebut polis bertindak atas aduan ada kenderaan kerajaan digunakan untuk menghantar berpuluh-puluh kotak yang dibuat khas untuk membawa beg berjenama dan barangan lain kepunyaan Datin Seri Rosmah Mansor ke kediaman itu.
-->