Inilah Perkara Pertama Tun Dr Mahathir Akan Lakukan Untuk NEGARA Selepas Diangkat Sebagai PM Oleh Rakyat Yang Ramai Patut Tahu
Posted on: May 11, 2018
Sekitar jam 9.50 malam semalam, seluruh rakyat Malaysia terpaku di kaca tv masing-masing tatkala Tun Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 dihadapan DYMM YDP Agung, Sultan Muhammad V di Istana Negara.
Bersaksikan sumpah, Waallahi, Wabillahi dan Watallahi untuk memegang kerahsiaan negara, Tun Mahathir tenang dalam pengalaman dirinya. Namun sudah pasti, jika ada yang perasan, ketika Sahibus Samahah, Mufti Wilayah Dr Zulkifli membacakan doa, tangan tua Tun Mahathir yang berusia 93 tahun itu agak “terketar-ketar”.
Mungkin ramai yang membuat tafsiran kerana Tun M menunggu terlalu lama, terlalu letih namun seperti mana rakyat Malaysia tahu, Tun M tidak pernah akan berundur demi menyelamatkan Malaysia yang “sedikit rosak” dengan pelbagai isu sehingga rakyat bangkit menukar kerajaan baru melalui Pakatan Harapan.
Tentu ramai yang ingin tahukan apa perkara pertama Tun M lakukan sebaik memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia selepas sidang akhbarnya?.
Sebagaimana keinginan rakyat yang ingin melihat adanya perubahan terutama terlalu banyak “kesilapan” dilakukan oleh pemimpin terdahulu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran ekonomi, kebergantungan kepada projek-projek China, isu pengangguran orang muda dan banyak lagi. Ternyata, sebaik diangkat sebagai PM, Tun M telah lakukan perubahan ini demi rakyat. Jom baca.
PH tunai janji akan hapuskan GST
Dalam satu sidang akhbar, Tun M berjanji kerajaan pimpinannya akan menghapuskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti dijanjikan. Menurutnya, GST terlalu membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan harian dan negara akan kembali kepada sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seperti sebelum ini.
Kaji semula perjanjian projek ECRL bernilai RM55 bilion
Tun M turut mengesahkan akan mengkaji semula perniagaan dibuat dengan China termasuk perjanjian berkaitan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion itu.
“Jika perlu ada rundingan semula kerana apa yang dirisaukan ialah untuk projek ECRL sahaja, kerajaan sudah dibebani hutang RM55 bilion belum termasuk perjanjian lain yang menjadi bebanan besar buat negara. Sebuah negara yang bertanggungjawab harus cuba untuk mengurangkan pinjaman atau jika tidak, negara akan menjadi kambing hitam.
Siasat DS Najib jika ada bukti kesalahan
Menegaskan dirinya bukan seorang yang pendendam, beliau sedia untuk membawa DS Najib ke muka pengadilan seandainya Najib didapati ada melakukan kesalahan.
“Kami tak akan hukum orang jika mereka tak sependapat dengan kami (Pakatan Harapan) tetapi undang-undang akan dikuatkuasakan sepenuhnya di negara ini jika seseorang itu ada melakukan kesalahan,”katanya dalam satu sidang media.
Sifatkan kenyataan Jabatan Peguam Negara badan bebas sebagai mengarut
Jika korang baca akhbar sehari dua ini, korang tentu terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara iaitu Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa Jabatan Peguam Negara yang diketuainya itu bukanlah sebuah badan politik sebaliknya penasihat kepada kerajaan pemerintah.
Tun M menyifatkan pandangan Jabatan Peguam Negara berperanan sebagai penasihat undang-undang tanpa berpihak adalah mengarut. “Saya fikir apa yang pendakwa awam atau peguam negara katakan berkaitan menasihat kerajaan sebagai bullshit (mengarut),” katanya tanpa menyebut nama penyandang jawatan itu. Sebelum itu, Mohamed Apandi menerusi kenyataannya berkata, selain penasihat undang-undang kerajaan, jabatan itu juga kekal sebagai pendakwa terhadap kesalahan jenayah yang sudah ditentukan oleh undang-undang.
Gugurkan beberapa orang “big boss” agensi kerajaan
Dalam pada itu, Tun M turut memberi amaran akan menukar beberapa ketua agensi kerajaan kerajaan yang didakwa membantu dan bersuhabat dengan bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
“Beberapa ketua agensi akan digugurkan kerana kita dapati individu-individu ini membantu dan bersubahat dengan bekas perdana menteri yang dikecam di seluruh dunia sebagai kleptokrat,” katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membuat perubahan di dalam agensi yang sebelum ini didakwa melindungi bekas perdana menteri berkenaan.
Yes! Sebagai rakyat yang mahukan satu perubahan dan memilih Pakatan Harapan, itu jugalah yang kita mahukan