Skip to main content

Selepas UPKO Kini LDP Pula Umum Keluar Dari BN Selepas Kalah Teruk Di Sabah

Selepas UPKO Kini LDP Pula Umum Keluar Dari BN Selepas Kalah Teruk Di Sabah
Selepas UPKO Kini LDP Pula Umum Keluar Dari BN Selepas Kalah Teruk Di Sabah
Presidennya Teo Chee Kang berkata kekalahan 4 DUN dan 1 Parlimen adalah tamparan hebat kepada parti itu.

Presiden LDP Teo Chee Kang berkata mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti akan diadakan malam ini bagi mengesahkan keputusan menarik diri.

Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas kalah semua 5 kerusi yang ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Rabu lalu.

Presidennya, Datuk Teo Chee Kang mengakui kekalahan 4 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 1 kerusi Parlimen itu adalah satu tamparan hebat kepada parti itu.

“Rakyat Malaysia telah bersuara menerusi undi mereka. Memandangkan mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia mahu perubahan dalam rejim, saya berbincang dengan majoriti ahli Majlis Tertinggi LDP dan konsensus umum adalah undur dan keluar dari BN,” katanya dalam kenyataan.

Teo berkata mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti akan diadakan pada jam 8 malam ini bagi mengesahkan keputusan menarik diri dari BN dan menentukan hala tuju parti selepas ini.

Pada PRU14, Rabu lalu, Teo kalah kerusi DUN Tanjung Kapor dalam persaingan 5 penjuru dengan majoriti 2,992 undi.

Kerusi tersebut dimenangi calon Warisan, Chong Chen Bin yang memperoleh 9,124 undi manakala Teo 6,132 undi.

Naib Presiden LDP, Datuk Chin Shu Ying tewas di kerusi DUN Likas, Lim Kai Min (Karamunting) dan Lim Ting Kai di DUN Merotai.

Seorang naib presiden parti, Datuk Lim Ming Hoo, juga kalah di kerusi Parlimen Sandakan.

Semalam, Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau umum parti itu keluar daripada BN.
-->