Skip to main content
THEATER MODE

Syukur 1 Lagi Berita Gembira Buat Rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir Janji Kerajaan Baru Ini Akan Pulangkan Semula Cukai Yang Dikutip Secara Tidak Sah Dari Rakyat Ketika Era Pemerintahan BN

Syukur 1 Lagi Berita Gembira Buat Rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir Janji Kerajaan Baru Ini Akan Pulangkan Semula Cukai Yang Dikutip Secara Tidak Sah Dari Rakyat Ketika Era Pemerintahan BN
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya akan cuba mengembalikan wang cukai yang dikutip 'secara tidak sah' daripada orang perseorangan atau perniagaan.

"Kita juga sedar di masa-masa rejim lepas ini ramai orang yang telah ditekan dengan cara yang salah. Umpamanya ramai orang dipaksa membayar lebih cukai daripada cukai ditentukan dalam undang-undang kita.

"Kita ingin tahu siapa yang dipaksa ini, berapa banyak yang mereka terpaksa bayar dan kita akan cuba ganti balik wang yang dikutip secara haram ini," kata beliau dalam wawancara TV1.

Mahathir juga berkata terdapat pihak yang dipaksa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar cukai walaupun mereka telahpun membayarnya.

"Mereka didatangi LHDN dan dipaksa LHDN supaya bayar dan kalau tak bayar mereka akan didera dengan diblacklist, tak boleh ke luar negara.

"Ada kala passport ditarik balik, akaun books di rampas.

"Kita tak nak ganggu perniagaan," kata beliau lagi.

Open Comments

You Might Also Like: