Skip to main content

Sultan Johor Gesa Jangan Buang Masa, PM Baru Harus Dilantik Hari Ini Dan Minta Suara Rakyat Dihormati

Sultan Johor Gesa Jangan Buang Masa, PM Baru Harus Dilantik Hari Ini Dan Minta Suara Rakyat Dihormati
Sultan Johor Gesa Jangan Buang Masa, PM Baru Harus Dilantik Hari Ini Dan Minta Suara Rakyat Dihormati
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap Istana Negara dapat memastikan perdana menteri baru dilantik ke jawatan itu hari ini juga.

“Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta-merta dan jangan berbuang masa lagi.

“Dan saya harap Istana Negara ini hari juga melantik perdana menteri yang baru kerana ini adalah kepentingan rakyat bukan kepentingan saya ataupun individu,” titah baginda.

Baginda adalah anggota Majlis Raja-raja Melayu.


Hormati suara rakyat, titah sultan Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya semua pihak menghormati suara rakyat.

Pesanan khas baginda itu dimuat naik dalam rakaman video yang disiarkan di Facebook baginda.

“Saya minta semua pihak menghormati suara rakyat yang mana rakyat hendakkan kerajaan yang baru,” titah baginda.

Terdahulu, bekas menteri nesar Johor, Mohamed Khaled Nordin berkata beliau menerima kegagalan BN mempertahankan kerajaan negeri.

Beliau berjanji akan memastikan peralihan kuasa kepada Pakatan Harapan secara aman.

Sumber: MalaysiaKini , Malaysiakini
-->